Hai, telemovie Saleha yang pernah ED siarkan infonya sebelum ini akan ditayangkan pada hari Sabtu ini (7 Julai 2012). Hari ini, ED nak update tentang sinopsisnya yang ED perolehi daripada blog Kepala Bergetar. Jom ikuti sinopsisnya di bawah ini.
Tasha Shilla sebagai Saleha.
Sinopsis Cerekarama Saleha:
Saleha seoran gadis yang terencat akal dan
berfikiran seperti kanak-kanak, selalu berangan untuk menjadi seorang
pengantin. Dengan siapa dia dikahwinkan tidak pernah menjadi soal, yang
penting baginya menjadi seorang pengantin. Dia gemar memakai cucuk
sanggul, 'veil' panjang, bersolek, bersongket dan berinai persis macam
pengantin. Dia gemar berangan duduk di pelamin dan ditepung tawar. Nasib
Saleha sering dirundung malang. Ibu bapanya meninggal dunia ketika
usianya 17 tahun akibat kemalangan. Sejak itu Saleha dipelihara oleh Mak
Long dan Pak Longnya yang menyayangi Saleha. Rumah yang didiami Saleha
telah diwasiatkan oleh ibu bapanya untuk sesiapa yang menjaga Saleha di
rumah itu. Mak Long mempunyai anak bernama Esah yang tiga tahun lebih
muda dari Saleha. Esah menjadi teman Saleha dan melayan segala karenah
Saleha selama ini.
Bagaimana? Menarik bukan? Apakah yang terjadi kepada Saleha di kesudahan cerita? Sama-sama kita saksikan hari Sabtu ini, pukul 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan