Hai, dalam permulaan drama Kau Yang Terindah di TV3, mesti ramai yang tertanya2 siapa pelakon baharu yang memegang watak Munirah kan? Ala, watak Munirah yang mengandung anak luar nikah tu.. Nama komersial pelakon yang cantik manis tu ialah Emma Maembong. Percaya tak? Semalam ED interview dia di Twitter supaya anda dapat mengenalinya dengan lebih lanjut. Eksklusif dalam segmen Jom Kenal!
Emma Maembong
Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani Binti Ismail. Dia baru berusia 20 tahun, dan berasal dari Kuala Lumpur. Tarikh lahirnya 27 Mac 1992. Dia ni kacukan Melayu dan Scotland. Ayahnya Melayu dan Mamanya dari Scotland. Cantik kan?
Inilah wajah Mama Emma..
Sama tak wajah Emma dengan mamanya?
Bagaimana dia boleh terpilih dalam drama Kau Yang Terindah? Menurut temubual ED bersamanya semalam, dia memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah berlakon di bawah arahan Eirma Fatima dalam cerita Facebook Ustazah Shamsiah menjadi watak budak sekolah. Selepas itu, dia diberi kepercayaan oleh Eirma Fatima sekali lagi untuk membawakan watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah. Menurutnya lagi, pertama kali dia membawakan watak sebagai Munirah yang mencabar (sebagai perempuan yang terlanjur dgn kekasihnya).
Emma sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah TV3
Begitulah temubual ED bersama Emma Maembong semalam. Sekarang anda dah kenalkan? Terima kasih kepada Emma Maembong yang sudi bekerjasama dengan blog EDtv. Jika anda mahu mengikuti perkembangan dia, like facebook Emma Maembong atau follow Twitternya di @Emma_maembong. Kepada Emma, semoga berjaya dalam bidang model dan lakonan. Udada Ubabye!!
Bukti perbualan ED dan Emma di Twitter semalam.
Ini adalah segmen Jom Kenal di blog EDtv!
ED: rasa2, dia ni bakal pergi jauh satu hari nanti...
Knp die guna maembong tu?ape kaitan?cube tanyekn ed..
BalasPadamOK, nanti ED tanyakan..
Padamsy ni kawan dier...namer bapak dier ismail embong so singkatan nyer maembong....
Padamterima kasih atas perkongsiannya
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padammungkin sbb nme ayah die ismail. so die gune mael lambung n gabungkan jadi maembong :D
BalasPadamsalah, sebab gabungan nama ayah dan atuknya. Ismail bin Embong. Jadilah nama Maembong. ED dah update di blog pasal tu..
Padamjap kalo 20 tahun 1993 nie 1992 21 ar an ??
BalasPadamComel pelakonnya..
BalasPadam