Rabu, 8 Ogos 2012

X-Klusif: Suasana kedai aiskrim Baskin Robbins di Taman Molek!

Hai, pukul 8 hingga 10 malam tadi, kedai aiskrim Baskin Robbins (BR) di seluruh Malaysia (kecuali tempat2 tertentu) memberikan aiskrim percuma kepada orang ramai sempena kemenangan Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak di Sukan Olimpik London. ED berkesempatan mengambil gambar2 suasana di kedai aiskrim BR Taman Molek. Kebetulan ED lalu ke sana, jadi ED pun tangkap la gambar dari dalam kereta untuk tatapan anda. Jom lihat gambar2 di bawah ini!

Ramainya orang beratur! Nampak tak?

Suasana di depan pintu kedai. Sesak mata memandang, sesak lagi badan mereka yg merasakannya. Hehe..

Orang ramai sanggup beratur panjang demi 1 scoop aiskrim dalam cawan kecil.

Ada famili yg sanggup beratur panjang.

Orang yang begitu ramai menyebabkan barisan sampai ke jalan raya.

ED rasa ada dalam 500 orang yang beratur semasa ED lalu di hadapan kedai BR.

Sebenarnya, ED nak ke Tesco Plentong untuk membeli barang2 sahur esok. Bila ED dalam perjalanan pulang ke rumah, ED nampak orang ramai masih lagi beratur. Masa tu kira2 pukul 10.15 malam. Kalau tak ramai orang, ingatkan nak join jugak. Tapi, bila dah macam tu, ED tak sanggup beratur panjang untuk satu cawan kecil aiskrim. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Kalau anda sanggup tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi