Khamis, 20 September 2012

Cikgu, ini ke gambar Hantu Kak Limah?

Hai, ED nak kongsi cerita lawak di sekolah tadi. Waktu Moral tadi, ED bawa murid2 ke perpustakaan untuk baca buku mengenai kebudayaan dan adat resam di Malaysia.


Tiba, tiba ada seorang murid India datang dan bertanya kepada ED..

Murid: Cikgu, ini ke gambar Hantu Kak Limah?

ED: Mana gambar Hantu Kak Limah?

Murid: Ini cikgu... (menunjukkan gambar tersebut)

ED: Hahahaha..... Itu bukan gambar hantu la.

Anda nak tahu dia tunjuk gambar apa? Lihat di penghujung catatan ini. Cuma yang ED pelik, popular juga nama Hantu Kak Limah ni, sampai murid India darjah 3 pun tahu. Hahaha... Sekarang, jom lihat gambar yang murid itu tunjuk. Udada Ubabye!!

Ini gambarnya. Gambar Opera Cina disangka Hantu Kak Limah. Haha.. Untuk pengetahuan anda, murid tersebut tidak mahir membaca. Jadi, dia tak tahu yang gambar itu Opera Cina.

Ini bukan gambar Hantu Kak Limah. Hahaha..

Ini baru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ingat lagi tak? Hehe..




ED: Tiada niat nak menyindir mana-mana kaum, cuma cerita hari ini kelakar la.. Biasala, murid-murid!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi