Khamis, 20 September 2012

Alhamdulillah, blog EDtv semakin dikenali..

Hai, cuba lihat gambar ini..

 ED telah diberi maklumat dan gambar tentang drama Mimpi Cinderella oleh fotografer Natrah (pihak syarikat fotografi Hazelnart) di Twitter. Jika anda lihat betul2, maklumat ini juga diberikan kepada blog2 terkenal seperti BeautifulNara dan RotiKaya. Tak sangka, blog EDtv diberikan maklumat sama seperti blog2 tersebut.. Alhamdulillah.


 
Alhamdulillah, pihak Hazelnart memberi sokongan kepada blog amatur seperti ED.

Bermula daripada tabiat suka-suka bercerita tentang TV di facebook, akhirnya berkembang di blog EDtv. Daripada blog untuk kawan-kawan, kini blog EDtv berkembang untuk bacaan orang ramai. Alhamdulillah, tahun ini ED dapat sokongan dan kerjasama daripada artis, produser dan orang2 yang bergiat aktif dalam bidang seni. Hari ini, ED diberi peluang oleh fotografer untuk mendapatkan sumber2 maklumat tentang drama2 yang terlibat dengan syarikatnya.  Natrah salah seorang fotografer di Hazelnart Work Photographic Studio. Hazelnart telah banyak memberikan khidmat fotografi untuk artis2 terkenal dan macam2 lagi. Lihat facebook mereka untuk melihat hasil kerja atau untuk menempah perkhidmatan mereka. Udada Ubabye!!




ED: Catatan ini ED nak buat kenang-kenangan di blog..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi