Jumaat, 21 September 2012

Drama Darjat menggantikan Dan Bila Esok dalam Slot Azalea TV3

Hai, ini dia drama yang akan menggantikan Dan Bila Esok dalam slot Azalea TV3. Tajuknya Darjat lakonan Talha Harith, Mardiana Alwi dan Ika Nabila. Drama ini akan mula bersiaran pada 4 Oktober 2012.

Ika Nabila, Talha Harith dan Mardiana Alwi.

Menurut Talha Harith kepada blog EDtv, drama ini mengisahkan tentang darjat antara manusia. Sedikit info, dalam drama ini Talha Harith akan memegang watak sebagai suami yang zalim dan suka menipu isterinya lakonan Mardiana Alwi. Siapa Mardiana Alwi ni? Tak silap, dia ni banyak berlakon drama RTM. Klik facebook dia untuk mengenalinya lebih lanjut.

Zamarul Hisham dan Rita Rudaini.

Saksikan kesudahan drama Dan Bila Esok pada 3 Oktober ini. Sedikit sinopsis episod akhir, June dan Jimmy telah selamat berada di rumah masing-masing. Baba Wong dan Nyonya Tan gembira June dan Jimmy selamat. Shafinaz orang yang paling bersyukur dan gembira apabila Jimmy kembali. Okelah, selamat menonton drama2 terbaik di TV3. Udada Ubabye!!




ED: Slot Azalea pukul 4.00 petang di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi