Hai, bagaimana episod 1 drama Mimpi Cinderella semalam? Jangan buat kesimpulan dahulu sebelum mengikuti ketiga belas episod drama ini. Hari ini ED dapat sinopsis daripada Nurul, pihak Suhan Movies melalui emel. Alhamdulillah, sebelum ini dapat sinopsis drama daripada pelakon, hari ini dapat sinopsis terus daripada pekerja pihak produksi TV. ED gembira dapat berkongsi maklumat kepada anda. Tanpa melengahkan masa, jom ikuti sinopsis penuh drama Mimpi Cinderella di TV3!
Eina Azman sebagai Saleha dan Afiq Muiz sebagai Emir.
Sinopsis Mimpi Cinderella TV3
TAMAT
pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa
membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh
pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui.
Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya
memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah
yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian
Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua
anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira
dengan Zarita suka berpoya-poya.
Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.
Saleha
bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna. Saleha menangis pada hari pertama
bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal
itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha
mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang
dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental.
Tetapi
nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak
kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara
menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya Emir yang sedang menyambung pengajian di luar
Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada
siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna
walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.
Ada
kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik
kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan
sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu
dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain.
Melihat
kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah
Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas
antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada
memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan
Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik
Haikal.
Haikal
seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga
sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta
Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu
minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat
bersabar.
Lorna
sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha
adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi
amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada
Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha
seperti biasa.
Kepulangan
Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang
memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai
sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa
pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan
tetapi bukan kasih sayang dan perhatian.
Hari
pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha
menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya mengikut citarasanya dan menyediakan makanan
mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat
Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha
yang lebih kepada melayan Lorna. Emir sanggup
membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna.Lorna
pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir.
Saleha
jatuh cinta pandang pertama kepada Emir.Dia hairan,dengan sikap sombong Emir
dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut
apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya.
Emir
pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan
citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan.
Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk
melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah
Emir. Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya
menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian.
Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir.
Beberapa
minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal
dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal
menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti
adik. Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk
dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan
kasut itu dan mahu Saleha membuangnya.
Tetapi
hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu.
Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan
membaiki bahagian yang rosak.Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada
hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya.
Menjelang
hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna
memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya.
Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan
jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha
tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan
kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian.
Saleha
meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan
Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal
membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat
rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha. Dia berasa sunyi selepas
Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas
dia mengambil pembantu peribadi lelaki.
Kenangan
dengan Saleha sentiasa amenjerat
perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang
tidak sesuai untuknya.Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang
Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha.
Di
kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya.
Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik
tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut. Zarita
berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu
putera impian membawa sebelah kasutnya.
Karimah
pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah
tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula
sudah tidak berdaya untuk bekerja.
Akhirnya
Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan
yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak
Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman
wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar
Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.
Apakah kesudahan cerita ini?Saksikan Mimpi Cinderella di Slot Lestary, 9 mlm Selasa.
(Sumber: Suhan Movies)
Bagaimana? ED tak nak taip panjang2 lagi sebab dah banyak sangat anda baca sinopsis penuh drama ini. Udada Ubabye!!
ED: Suhan Movies juga follow Twitter EDtv!
alah ed ni..type lah panjang lagiii..!
BalasPadamni ED copy paste daripada emel yg Suhan Post anta...
Padamfuyoooooooooo juling mata baca tp syokkkkkk kikiki nk lagi plzzz
BalasPadamHanya itu shj sinopsis yg Suhan Movies emel pada ED.. Nak tahu lebih lanjut, must see sendiri.. Hehe..
BalasPadamKaki saleha kena potong laa
BalasPadamsaksikan kesudahannya ye minggu depan!
Padam