Hai, semenjak dua menjak ni, cuaca panas membahang di Johor. Bila cuaca panas, mula la tekak nak minum minuman yang sejuk dan segar. Antara minuman yang sesuai diminum pada cuaca panas sebegini ialah cendol. Bercerita pasal cendol, ED telah berkesempatan pada awal bulan ini untuk merasai cendol yang paling digemari ramai di Batu Pahat. Nama kedainya Cendol Pak O ABC. Lokasinya berhampiran dengan terminal bas Batu Pahat.
ED cuba cendol spesial. Dalamnya ada jagung, kacang merah dan cincau. Rasanya memang nyaman di tekak. Harganya RM1.80 sahaja.
Pembuat cendol yang cekap dan murah hati. ED dapat diskaun beli cendol di sini. Hehe..
Kedai cendol ini memang laris. Pelanggan tak putus2..
Jika anda sampai ke sini, jangan lupa cuba cendol Pak O ABC. Selain cendol, ada juga air batu campur. Oke tak ED siarkan tempat makan dan minum yang telah ED kunjungi dalam blog EDtv? Kalau oke, lain kali ED update lagi. Hehe.. Udada Ubabye!!
ED: Cendol mamak memang tiada tandingan!
Kebetulan. Saya google nak cari gambar2 cendol pak o ni.. terjumpa blog ni. Khamis? Saya pergi ahad. Haha.
BalasPadamOh, saya ada ambil gambar2 cendol dari blog ni.
http://thou-ghtless.blogspot.com/2012/10/cendol-pak-o.html
thanks! ;)