Hai, bagi peminat Telenovela Mara Clara di TV3, drama Filipina tersebut akan berakhir pada minggu hadapan. Jom lihat tarikh episod akhir Mara Clara.
Barisan pelakon dan krew Mara Clara.
Nak tahu sinopsis episod akhirnya tak? Oke2, ini dia sinopsis episod akhirnya, Clara akan berterima kasih kepada Susan kerana telah membayar ikat jaminnya. Gary pula cuba menghasut Clara berada dipihaknya untuk membalas dendam kepada keluarga Alvira. Clara enggan bekerjasama dengan ayahnya lagi, malahan Clara sudah bersedia untuk membantu keluarga Alvira dan ibunya Susan. Akhirnya, Gary akan menerima balasan atas kejahatan yang dilakukan selama ini.
Jadi, sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini. Pada awalnya, ED tidak mengikuti drama tersebut. Tetapi sejak sebulan lepas, bila tengok 1 episod drama ini sampai habis, rasa nak tengok lagi apa yang akan terjadi seterusnya. Itulah kehebatan drama Filipina, tak tengok beberapa episod pun, kita boleh tahu dan mahu mengikuti jalan ceritanya. Okelah, selepas Mara Clara, TV3 akan menayangkan kembali drama Filipina Little Star. Udada Ubabye!!
ED: Best jalan cerita Mara Clara ni... Ingatkan cerita budak2..
drama filipina terbaik. xmacam drama indon yang berbelit2.. tapi kenapa ada khabar yg ckp sbenarnya drama ni sampai 158 episod? Ada 2 musim tayangan??
BalasPadamdekat sana mungkin ditayangkan setengah jam termasuk iklan. TV3 tayangkan 1 jam dan mungkin dari situ, episodnya dapat disingkatkan..
BalasPadam