Khamis, 6 September 2012

Legoland Preview: Episod "mahal ke?"

Hai, ED teruskan lagi catatan hari ini tentang harga-harga barang dan makanan yang dijual di Legoland. Mahal ke? Bagi ED mahal, tak tahu la anda bagaimana. Jom lihat antara gambar2 yang ED sempat tangkap di bawah ini!

Jungle Cafe

Senarai harga menu di sini. Mahal tak? Fountain Soda adalah air gas berkarbonat.

Ini Big Shop, kedai menjual aneka cenderamata.

Lihat harga T-Shirt ini. Mampu?

 Suasana di dalam Big Shop.

Banyak Lego dijual di sini.

Harga T-Shirt Legoland meletup!!

Hafiz membeli magnet peti sejuk yang berharga RM54.95. Dia minat kumpul barang tu.

Pedang plastik ni pun harganya meletup!

Ini antara Cafe Legoland. ED dan Hafiz sempat singgah untuk berehat minum petang.

ED mencuba kek Black Forest manakala Hafiz mencuba kek keju. Harga sepotong kek RM9.90 tetapi masa tu ada diskaun separuh harga. Best kan?
Bersambung...

Pesanan ED, rancang dulu bajet anda sebelum datang ke sini. Jika berkenan nak beli cenderamata eksklusif Legoland, sediakan duit yang mencukupi. Key-chain Legoland yang paling murah adalah RM12.95. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: ED tak beli apa-apa cenderamata pun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi