Khamis, 6 September 2012

Legoland Preview: Episod Akhir "Aktiviti dan Tips".

Hai, hari ini juga ED nak habiskan cerita dan perkongsian gambar2 ED di Legoland Nusajaya. ED faham, kalau hari2 anda baca tentang Legoland, bosan jugak kan? Nanti korang ingat, ED jakun atau syok sendiri. Istimewa episod akhir Preview Legoland, ED nak kongsi sedikit gambar tempat dan aktiviti ED di sana. Nak tahu? Jom!

Di sini ada berbagai2 permainan macam kat Fun Fair. Contohnya game memancing ikan yang ED sedang buat ni.

ED sempat masuk ke Lost Kingdom Adventure! Ala-ala rumah hantu konsepnya.

 Bergambar jap dengan unta. Terasa seperti di Mesir!

The Shipyard. 

Project X. Tempat ni belum boleh dilawati.

Wave Racer. Tempat ni pun belum buka lagi.

Sekolah Memandu Bot.

Anda boleh menaiki bot2 ini di sini.

Bot bentuk Lego.

Ini kereta api untuk mengelilingi Miniland.

ED dan Hafiz berpeluang menaiki kereta api tersebut.

Dalam kereta api ini, anda berpeluang menikmati panorama di sekitar Miniland.

Cuaca di sini sangat panas. Nampak tak pancaran cahaya matahari dalm gambar ini? Original tau, bukan edit..

Memang puas naik kereta api ni..

Tak silap, ada 2 surau di Legoland. Ini surau yang pertama.

Bergambar jap dengan patung depan surau ni.

 Ini surau yang kedua.

Di dalam suraunya..

Sekarang, jom kita tengok tandasnya.

Wangi dan bersih tandasnya.

Eksklusif tandasnya.

Okelah, dah habis gambar2nya. Jika anda terlepas menyaksikan gambar2 sebelumnya di Legoland, anda boleh klik:

Sebanyak 5 episod tentang Preview Legoland telah ED kongsi kepada anda. Jika anda bercadang untuk pergi ke sana, ED ada beberapa tips berguna untuk anda. ED akhiri dengan tips-tips untuk pergi ke sana. Sekian cerita ED di Legoland, Udada Ubabye!!

10 Tips untuk anda yang bercadang pergi ke Legoland!
  1. Bawa payung ke sana sebab cuacanya sangat panas.
  2. Kalau boleh, pakai sun block agar kulit anda tidak terbakar. 
  3. Bawalah air masak yang banyak!
  4. Cas penuh bateri kamera dan handphone sebab banyak gambar menarik boleh diambil.
  5. Sediakan pelbagai posing untuk bergambar ke sana. Takde la mendatar je gambar anda di sana.
  6. Bawa duit banyak sikit.
  7. Pergi ke sana awal pagi supaya dapat main semua tempat.
  8. Bawa ubat mabuk jika anda nak main roller coaster. Hehe...
  9. Better datang tahun 2013 sebab masih ada tempat yang tak siap lagi.
  10. Kalau boleh bawa makanan dari rumah, bawa la sebab harga makanannya mahal.




ED: Pengalaman yang menyeronokkan. Cubalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi