Isnin, 3 September 2012

Legoland Preview: Episod "Baru Sampai"

Hai, petang tadi selepas balik dari sekolah ED terus pergi ke Legoland Nusajaya. Hari ini ada Preview Legoland untuk guru-guru secara percuma. Best kan? ED pergi bersama rakan sekerja Hafiz. Dialah yang menguruskan segalanya daripada pendaftaran sehingga memandu kereta ke sana. Terima kasih Hafiz! Disebabkan terlalu banyak gambar dan cerita yang ED nak kongsi, ED update secara episod2 ye. Jadi, takde la anda muntah2 baca blog ni kan? Gurau je. Hehehe..

 
 Tiket percuma ni hanya untuk guru2. Tak silap, kena daftar secara emel ke pihak Legoland minggu lepas.

Jom, ED akan mula bercerita dari awal ED tiba di sana. Mesti anda nak tahu kan?

Jarak dari tempat parking kereta ke kaunter tiket agak jauh. Jadi, bersabar ye..

ED, Hafiz dan rakannya beratur sambil bergambar untuk mengambil tiket.

Ramainya cikgu2 yang turut serta. Siapa yang tak nak masuk free kan?

Selepas ambil tiket, wajib ambil gambar di pintu masuk ini.

ED nak masuk ke dalam ni.
Bersambung esok...

Sampai di sini dahulu untuk malam ini. Esok lusa ED update lagi ye. Penat dan pening kepala main roller coaster tak hilang lagi. Udada Ubabye!!




ED: episod seterusnya, ED akan cerita tempat2 yg ED lawati ye..

2 ulasan:

  1. mase kecik2 dulu, leez sker main lego ngn cousin. buat rumah la.. pistol la.. isk3.. kenangan betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni permainan tu seakan2 tak popular kan?

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi