Selasa, 16 Oktober 2012

Kisah Blue!

Hai, hari ini bermulanya peperiksaan di sekolah ED. ED nak kongsi sebuah kisah menarik semasa ED jaga peperiksaan pagi tadi.


Murid-murid bila dah habis menjawab soalan, mulalah melakukan pelbagai aktiviti untuk menhilangkan bosan sementara menunggu tamat masa peperiksaan. Antaranya main pensel, susun pensel warna menjadi bangunan, main pembaris (konon-konon kapal terbang) dan macam-macam lagi. Ini salah satu perbuatan murid yang tidak boleh dicontohi semasa peperiksaan.

 Gara-gara bosan, seorang murid telah membuka mata pen basah daripada badannya. Habis tumpah dakwat pen di atas kertas peperiksaannya. Tak pasal-pasal, comot kertas soalannya dengan warna biru.

Bukan kertas je biru, baju dan tangannya juga bertompok-tompok biru terkena percikan dakwat pen basah yang dibukanya. Tapi takpe, daripada peristiwa ini dia akan belajar supaya tidak mengulanginya. Inilah kisah "blue" dalam segmen ED dan sekolah. Hehe.. Udada Ubabye!!




ED: nak sambung tanda kertas periksa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi