Hai, jika semalam ED bercerita tentang kertas peperiksaan murid biru gara2 bosan menunggu masa peperiksaan tamat, hari ini ceritanya lagi dahsyat. Dalam kelas 4 Baiduri tadi semasa ED mengawasi peperiksaan, ada seorang murid mengadu kepada ED. Aduan apa pulak kali ini? Baca kisahnya di bawah ini.
Ini dia aduan murid tersebut..
Murid: Cikgu, Nafin (bukan nama sebenar) potong tangan sendiri!
ED: Potong tangan?
Murid: Tengok tangan dia cikgu..
Maaf, tatabahasa murid tersebut tak betul. Ini dia maksud ayat murid tersebut.
Seorang murid India terkena pisau pengorek di jarinya. Sebabnya, dia membuka pengorek pensel kerana bosan menunggu waktu peperiksaan tamat. Tak pasal2, dah terhiris jari. Bukan murid potong tangan ye.. Hehe..
Macam-macam ragam murid waktu peperiksaan akhir tahun. Harap-harap esok tiada lagi kes macam ni lagi. Dulu waktu periksa, ED pun bosan juga tunggu waktu peperiksaan tamat, tapi ED cuma suka melukis atau conteng2 pada kertas soalan peperiksaan sahaja. Takde la buat kerja yang bahaya macam ni. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Peperiksaan yang memenatkan fizikal dan minda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan