Sabtu, 20 Oktober 2012

Mi Casa: Perkembangan rumah bulan Oktober..

Hai, hari Khamis lepas ED temankan adik ED pulang jubah konvo di UTM. 

 Keadaan stor jubah konvo UTM. ED sempat ambil gambar. Hehe..

Alang-alang dah dekat, ED pergi tengok tapak pembinaan rumah ED. Bagaimana perkembangannya di bulan Oktober ye? Lihat gambar di bawah ini..

Masih lagi dalam kerja2 pembinaan

Rasa macam tak sempat dapat kunci bulan 12 ni..

Alhamdulillah, proses2 pembinaan masih giat dilakukan. ED ada cerita nak kongsi dengan anda tentang panduan sebelum membeli rumah. Cerita ini ED perolehi daripada pembeli rumah yang rugi berbelas ribu ringgit setelah membeli rumah dengan harga yang sangat murah. Nak tahu, baca ini..

Panduan sebelum membeli rumah:

Jangan terpedaya dengan promosi rumah yang menawarkan harga yang terlalu rendah dan hadiah percuma yang banyak. Ini kerana berlaku di satu daerah ni, pemaju selalu membuat promosi besar-besaran, panggil artis terkenal semasa pelancaran rumah dan menyediakan makanan sedap-sedap. Ramai pembeli yang membeli rumah dengan pemaju tersebut kecewa kerana pembinaan rumahnya yang asal boleh dan bahan2 binaannya tidak berkualiti. Harga rumah di kawasan tersebut murah kerana kawasan tersebut banyak anai-anai, semut dan cicak. Jadi, berhati-hati ye..

Apa-apapun sebelum membeli, buat research dahulu ye.. Udada Ubabye!!





ED: berharap supaya semuanya berjalan lancar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi