Sabtu, 20 Oktober 2012

Corat-coret peperiksaan akhir tahun 2012!

Hai, semalam hari terakhir peperiksaan di sekolah. Ada beberapa cerita menarik ED nak kongsi kepada anda. Nak tahu? Jom ikuti corat-coret hari terakhir peperiksaan akhir tahun dalam segmen ED dan Sekolah.


Ini dia antara ragam murid pada hari terakhir peperiksaan semalam..

Murid 4 Baiduri tidur lena semasa menjawab peperiksaan. Ada la setengah jam dia tidur. ED pegang tangan dia pun, dia tak sedarkan diri. Bila dia sedar, ED tanya malam semalam tidur pukul berapa? Jawabnya pukul 10 malam. Pelik kan?

Masih lagi di kelas 4 Baiduri. Murid yang ED bulatkan tu semalam mengganggu ketenteraman kelas. Apa yang dia buat? Dia suka main kentut2. Sengaja kentut dalam kelas supaya kawan2 disekelilingnya terganggu. Paling geram, semalam dia kentut depan muka murid...

 Ini di kelas 3 Berlian. Selepas tamat peperiksaan, cuba teka 3 orang murid di depan ni buat apa? Jawapannya ada pada gambar di bawah..

 Mereka nyanyi lagu Ainan Tasneem Aku Suka Dia. Wah, murid darjah 3 dah ada buku lirik lagu. Hehe... Dulu, ED pun ada juga buku lirik lagu, tapi dah sekolah menengah la..

Semalam juga terbongkarnya rahsia murid kelas ED mencuri. Terlepas baca kisahnya, klik sini.

Begitulah antara kisah-kisah menarik semalam semasa hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah ED dah siap tanda kertas dan dah siap key in markah dalam sistem online. ED akhiri corat-coret hari ini dengan lagu Ainan Tasneem, Aku Suka Dia. Udada Ubabye!!






ED: sekadar berkongsi realiti di sekolah..

2 ulasan:

  1. Hi Ed. Seronok dapat membaca corat-coret peperiksaan akhir tahun 2012 ED ni...Budak-budak katakan...biasa lar tu...Hope you are enjoying your life as a teacher...its fun yet challenging kan? all the best for Year 2013!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Nisha.. tak sangka orang bukan melayu pun baca kisah ED..hehe..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi