Hai, hari ini ED berjaya menumpaskan 3 orang murid yang mencuri jajan (makanan ringan) di kedai 7 Eleven yang berdekatan dengan sekolah. Bermula daripada penyiasatan biasa, akhirnya apa yang ED fikir selama ini adalah benar-benar berlaku. Mungkin itulah yang dinamakan naluri seorang cikgu. Ikuti kisah selengkapnya di bawah ini.
Berikut adalah kisah lengkap cerita pagi tadi..
2 minggu lepas, ED perasan ada seorang murid kelas ED menjual coklat seperti Cadbury, Kinder Bueno dengan harga yang murah. Perasaan ED semakin tidak sedap apabila kawan karibnya (murid tahun 6) juga menjual coklat dengan harga yang murah. Perasaan dalam hati, bagaimana mereka dapat bekalan coklat dengan harga yang murah?
ED perasan, ramai murid kelas ED yang membeli jajan daripada murid tersebut. Kalau diamati, murid tersebut bukanlah daripada golongan berada. Hari ini, murid tersebut telah memberikan kerepek kentang Mister Potato secara percuma kepada 2 orang kawannya. Daripada kerepek kentang itulah, rahsia murid tersebut terbongkar.
Rupa-rupanya kerepek kentang ini hasil curi murid tersebut pagi tadi di 7 Eleven.
Bagaimana ED dapat tahu bahawa murid tersebut mencuri? Mula-mula ED panggil seorang murid yang mendapat kerepek kentang tersebut secara percuma. ED tanya la tentang kegiatan murid yang menjual dan memberikan jajan tersebut. Bila ED tanya harga barang dan kenapa murid tersebut menjual secara murah, jawapan yang ED dapat memang mencurigakan.
Selepas itu, ED baru panggil murid yang menjual jajan tersebut. Soalan ED senang sahaja. ED tanya berapa harga satu tin kecil Mister Potato yang dia beli di 7 Eleven pagi tadi? Jawapannya, satu RM4 tiga RM12. ED tanya lagi, awak bawa duit berapa ringgit hari ini? Jawapannya, kawan (murid tahun 6) yang belanja. Hai, kejap kata dia beli, lepas tu kawan belanja pulak? Apabila jawapan murid tersebut mula bercanggah, ED terus suruh seorang murid memanggil murid tahun 6 tersebut.
Ha, dari situlah terbongkarnya rahsia mereka. Selepas ED menyuruh seorang murid memanggil murid tahun 6 tersebut, barulah murid yang ED soal tadi berkata bahawa murid tahun 6 itu yang mencuri. Lepas ni mudah kerja ED mengenalpasti siapa yang bersalah. Apabila murid tahun 6 itu sampai di kelas... (bersambung di perenggan seterusnya, saje buat suspens sikit. Hehe...)
ED tanya soalan yang sama kepada murid tahun 6 tersebut. Berapa harga setin Mister Potato itu? Jawapannya RM4.50. Kenapa dia belanja murid kelas ED? Jawapannya, sebab murid tersebut yang suruh dia belanja, jadi dia belanjalah.. Jawapannya memang tak logik! Jadi ED terus cakap, kawan awak cakap, awak yang curi jajan ni. Awak nak cakap apa sekarang?
Ha, daripada situlah adegan salah menyalahkan berlaku. Yang ni salahkan yang tu dan yang tu menyalahkan yang ni. Murid kelas ED akhirnya membuka cerita bahawa hampir setiap hari mereka mencuri di 7 Eleven. Terkejut ED mendengarnya.. Tanpa membuang masa, ED menyerahkan murid tersebut kepada guru disiplin. Akhirnya, murid2 yang bersalah itu dibawa berjumpa dengan GPK HEM.
Sebelum balik tadi, ibu murid kelas ED tersebut datang berjumpa dengan ED. Ibunya mahu mendengar sendiri kesalahan anaknya daripada mulut ED. Ibu murid ini memang bagus sebab dia tidak membela anaknya. Selesai tugas ED menyelesaikan 1 kes mencuri di sekolah. Udada Ubabye!!
ED: rasa macam wartawan jenayah pulak. Hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan