Hai, ED ada 3 kisah di sekolah hari ini. ED nak taip seringkas yang mungkin agar cerita ED mudah difahami. Kisah yang pertama hari ini semasa berada di kelas Moral. Bila kelas Moral, murid2 memang hobi mengadu kepada ED tentang kenakalan murid2 lain.
Semasa tamat waktu Moral tadi, ada seorang murid perempuan mengadu kepada ED. Dia mengadu bahawa ada murid lelaki Tom (bukan nama sebenar) mengugut mahu membelasah kawannya Suresh (bukan nama sebenar) selepas tamat kelas ED. Berikut adalah petikan aduan murid perempuan tersebut..
"Cikgu, selepas ini Tom cakap, dia nak tendang "k***k" (kemaluan) Suresh (kawannya) sampai jatuh..."
Bila ED dengar aduan tersebut, ED terus ketawa terbahak2. Hahaha.... Mustahil perkara itu akan terjadi (sambil ED cuba membayangkan perkara itu). Mungkin murid lelaki tersebut hanya bergurau sahaja. Yang murid perempuan ni pun satu, percaya bulat2 dengan ugutan tersebut. Hahaha.. ED tersenyum sendiri ingat peristiwa tadi. Udada Ubabye!!
ED: Hahaha... ugutan paling dahsyat ED pernah dengar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan