Rabu, 3 Oktober 2012

Murid suka main telur!

Hai, anda tahu tak, ini telur apa?

Macam telur cicak.

Kisah kedua di sekolah hari ini tentang telur di atas. Murid2 kelas ED sekarang ni suka sangat ambil dan main dengan telur ni. Ada yang kata, telur siput. Ada yang kata telur biawak. Ada juga yang kata itu telur cicak kobeng. ED rasa tekaan yang ketiga macam betul iaitu telur tersebut adalah telur cicak kobeng. Mereka suka pecahkan telur2 ini dekat kawan2 mereka. Diorang ingat mercun pop pop ke? Tadi, ED dapat tangkap seorang murid menyimpan telur ini dalam kotak penselnya. Jom lihat alasan dia menyimpan telur ini.

"Saya simpan untuk lihat telur ini pecah dan bertukar jadi siput. Lepas jadi siput, saya akan letak balik.."

Boleh percaya ke? ED menyuruh dia letak balik telur tersebut di tempat asal. Untuk pengetahuan anda, minggu lepas seorang murid kelas ED telah menangkap mengkarung dan diletakkannya di dalam botol air mineral. Mengkarung itu diletakkan di tandas murid lelaki supaya murid2 yang masuk ke tandas takut. Tahun ni, murid kelas ED suka betul main dengan binatang. Kisah sebelum ini, baca di sini.  Huhu... Udada Ubabye!!





ED: Bagaimana ED tahu? Murid2 ED banyak yang jadi mata2 ED. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi