Hai, hari ini anak murid ED beri ED coklat Cadbury Black Forest yang besar. ED terharu la dengan pemberiannya. Nak tahu kenapa ED terharu? ED rasa, kalau anda di tempat ED pun, anda akan terharu.. Penasaran kan? Baca kisahnya di bawah ini..
Coklat pemberian anak murid.
Kisahnya bermula daripada semalam. Semalam, murid lelaki tersebut mengeluarkan coklat di atas semasa perhimpunan pagi. Dia menyuruh kawannya memberikan coklat tersebut kepada ED. ED terkejut sebab tak tahu sebab apa dia nak bagi ED coklat. ED tanya dia, dia cuma senyum sahaja. Semalam ED tolak pemberiannya. Pertama sebab ED fikir dia bukannya daripada keluarga yang senang dan kedua, biarlah coklat itu dinikmatinya bersama murid2 kelas ED yang lain. Rasanya itu lebih elok..
Hari ini, sebelum rehat, murid tersebut datang berjumpa ED dan mahu memberikan coklat yang sama kepada ED. Dia kata, dia memang nak belikan coklat untuk ED. Sebab dah dua kali dia nak bagi ED coklat, akhirnya ED terima juga. Terharu kan? Paling mengharukan, murid tersebut antara murid yang nakal di kelas ED. Entah kenapa dia nak bagi ED coklat, hanya dia dan Tuhan yang tahu. Okelah, ini kisah ketiga ED di sekolah untuk hari ini. Udada Ubabye!!
Di sekolah, suka duka silih berganti..
ED: Semoga anak murid ED menjadi insan berguna! Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan