Hai, hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan 2012. Hari ini tiada peperiksaan SPM, jadi ED kembali bertugas ke sekolah seperti biasa. Ada corat-coret hari terakhir persekolahan, ED nak kongsi pada hari ini. Nak tahu? Baca catatan ini sehingga selesai ye.
Ini dia corat-coret hari terakhir persekolahan sesi 2012..
Selepas perhimpunan, guru disiplin menyita telefon bimbit yang dibawa oleh murid. Sebelum balik, barulah telefon bimbit ini akan dipulangkan. Telefon bimbit masih dilarang dibawa ke sekolah.
Jumlah telefon bimbit yang disimpan oleh guru disiplin adalah sebanyak 44 buah. Canggih juga telefon bimbit mereka kan?
Pagi tadi ada sesi bergambar guru-guru sesi pagi. Cari sendiri ED dalam gambar ni. Hehe..
Sebelum balik, kelas2 mesti dibersihkan terlebih dahulu. Inilah kelas ED pada tahun ini. Selesai tugas ED menjadi guru kelas 4 Baiduri pada tahun ini..
Alhamdulillah, ED dah selesaikan semua kerja ED di sekolah pada tahun ini. Akhir kata, selamat bercuti kepada murid2 dan guru2 sekalian. Walaupun secara hakikinya cuti cikgu tak sama seperti cuti murid2.. Hehe.. Udada Ubabye!!
ED: Esok masih ada Hari Anugerah Cemerlang di sekolah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan