Jumaat, 9 November 2012

Ikatan silaturahim

Hai, ada sebuah lagi kisah menarik ED nak kongsi kepada anda di hari terakhir persekolahan hari ini. Alkisah, pagi tadi ED dapat menangkap 2 orang murid bergaduh di luar kelas. ED memanggil 2 orang murid tersebut lalu ED mengikatnya di dalam kelas ED. Jangan buat kesimpulan dahulu sebelum membaca catatan ini sehingga selesai.


Tujuan ED mengikat murid tersebut supaya mereka dapat berbaik semula. Apakah ED berjaya membuatkan mereka berdamai? Lihat gambar di bawah ini.

Mula-mula, 2 orang murid tersebut enggan berdiri bersebelahan. Taktik ED, jika mereka berjauhan, tangan mereka akan rasa sakit. Jadi, mereka memang kena berdiri dekat2.

Selepas beberapa minit, mereka nampak semakin dekat. Kemarahan mereka mula hilang sedikit demi sedikit. Budak yang tengah duduk tu, anda abaikan sahaja. Menyibuk je..

Akhirnya, mereka berbaik juga. Itu syarat yang ED kenakan jika mereka mahu dilepaskan. Mereka bersetuju meminta maaf dan berbaik semula. Sebagai bukti, mereka berpeluk tanda berbaik semula. Yeayy!! Misi ED berjaya menyatukan silaturahim di antara mereka!

ED tak sangka, gambar2 ini boleh dijadikan cerita. Biasanya, ED akan tangkap gambar apa yang ED rasa perlu di sekolah sebagai langkah berjaga2. Jadi, kalau la berlaku apa2 kepada ED di sekolah, ED ada bukti. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Inilah namanya ikatan silaturahim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi