Hai, kelmarin ED pergi ke Jakel Tampoi untuk membeli langsir kelas. Tahun depan ED nak buat langsir baharu sebab langsir sebelum ini pendek. ED nak buat langsir yang labuh sikit tahun depan. Kebetulan, Jakel tengah buat jualan pengosongan kedai, ED pun cari la langsir di situ.
Wisma Jakel Tampoi. Nampak tak kain rentang dekat bangunannya?
Ha, ED nak beli langsir daripada kain JC bunga ni. Kebetulan ada diskaun tapi nak pilih warna apa erk? ED nak langsir yang tak nampak kotor dan boleh guna untuk setahun tanpa dicuci. Hehe..
Okelah, setelah memikirkan semua perkara di atas, ED buat keputusan untuk membeli langsir yang warna kelabu. Tak nampak kotor dan memberikan kesan sejuk dalam kelas. Hehe.. (maaf, poyo sedikit)
Langsir dah beli. Tapi siapa nak jahit? Misi seterusnya untuk mencari tukang jahit langsir kelas ED. ED cuma nak buat langsir ringkas je. Cuma jahit atas dan bawah kain sahaja. Yang penting fungsinya dapat mengelakkan pancaran matahari masuk ke dalam kelas. Hehe.. Udada Ubabye!!
Entri ni ED masukkan dalam segmen Bijak Belanja..
ED: bestnya kalau ED pandai menjahit... huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan