Sabtu, 29 Disember 2012

Ragam murid di pasar..

Hai, tadi ED pergi temankan emak ke Pasar Smart Tebrau. Dalam pasar tersebut ED terserempak dengan murid perempuan sekolah ED. Tahun depan, murid tersebut darjah 5. ED kenal dia. Bila murid perempuan tersebut nampak ED, dia terus pandang tempat lain. ED pun buat tak tahu je la.. ED faham murid tersebut malu nak tegur ED.

 Pasar Smart Tebrau..

Bila ED dah nak balik, ada seorang budak lelaki sekitar darjah 3 berlari ke arah ED. Dia bersalam dengan ED. ED tak kenal dia sebab mungkin ED tak pernah ajar dia. Kesimpulannya, murid yang kenal kita, segan nak tegur, murid yang kita tak kenal pula rajin menegur. Begitulah ragam murid bila ED jumpa di pasar hari ini. Udada Ubabye!!






ED: Ada segelintir murid kelas hadapan yang sombong bila berjumpa dengan cikgu di luar sekolah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi