Sabtu, 1 Disember 2012

Durian Pekan Nenas menjadi pilihan..

Hai, salah satu musim yang unik di Malaysia adalah musim durian. ED suka durian kerana rasanya yang lemak manis. Alhamdulillah, hari ini ED dapat menikmati durian. Abang ED beli dari Pekan Nenas. Kalau nak beli durian dengan kuantiti yang banyak dan murah, belilah di kawasan yang banyak kebun durian.

Durian Pekan Nenas. Harganya lebih murah daripada yang dijual dekat2 dengan rumah ED.

Beli durian ni nasib, ada yang manis, pahit, tawar dan ada juga yang mengkal. Yang tak elok tu, jangan dibuang. Boleh dijadikan bubur kacang hijau durian.

Lumrah makan durian, biasa la kalau jari luka terkena duri.. Huhu..

ED suka durian yang manis. Ada juga orang suka makan durian yang pahit. Katanya, durian kalau pahit lagi sedap. Anda pula bagaimana? Apa-apapun semuanya bergantung kepada individu. Citarasa seseorang kan tak sama. Okelah, makan durian berpada-pada. Terlebih makan, buruk padahnya. Udada Ubabye!!

Segmen Sembang Petang di blog..




ED: Ruginya siapa yang tak suka durian.. Hehe..

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi