Hai, ini entri pertama dalam segmen Zlurpp!! Tajuknya tentang Restoran IKEA, Kuala Lumpur. Semasa ED pergi ke IKEA pada bulan lepas, ED dan kawan2 sempat makan di restorannya yang sangat ramai orang. Kenapa ramai orang dan ED makan apa sahaja di sana? Jawapannya ada pada gambar2 di bawah ini.
Pintu masuk restoran. Lihatlah betapa ramainya orang.
Nak beli makanan kena beratur panjang, nak cari meja makan pun agak lama. Waktu ni tengah cuti umum Awal Muharam. Mungkin sebab ini kot..
Antara menu yang kami cuba di sini, bebola daging. Ramai orang beli bebola daging ni. Inilah daya tarikan restoran IKEA dan bebola daging ini seakan menjadi menu wajib beli. Rasa dagingnya memang lazat. Nampak Zlurpp tak? Hehe..
Pasta dengan dada ayam. Rasanya agak masam daripada buah tomato. Maklumlah, orang barat tak makan pedas2. Hehe..
Pencuci mulut, pai epal.
Kepada anda yang nak mencuba ke Restoran IKEA, elakkan pergi waktu cuti umum ye.. Lagi 1, makanan di sini tidak pedas. Kepada orang yang suka pedas, jangan lupa ambil sos cili di tempat yang disediakan. Setakat ini dahulu segmen Zlurpp untuk hari ini. Udada Ubabye!!
Segmen tentang makan di Zlurpp!!
ED: Bagaimana dengan segmen Zlurpp!! Oke tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan