Jumaat, 21 Disember 2012

Sinopsis drama Ruby, Slot Samarinda TV3!

Hai, malam semalam berakhirnya drama Putera Rayyan dalam slot Samarinda TV3. Mulai 2 Januari 2013, saksikan drama terbaharu yang bertajuk Ruby. Bermula tahun hadapan, drama Samarinda TV3 akan tayang 1 jam bermula pada pukul 10.00 malam.

Para pelakon, Siti Saleha, Sharnaaz dan Hanez Suraya.

Berikut adalah sinopsisnya drama Ruby. Sumber daripada blog Metrowealth..

Sinopsis Ruby:

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? 

Oh, ternyata Ruby adalah nama syarikat. ED ingatkan Siti Saleha jadi Ruby. Okelah, saksikan drama tersebut bermula 2 Januari depan. Udada Ubabye!! 



ED: 2 Januari bermula sesi persekolahan 2013...

6 ulasan:

  1. assalamualaikum ed...ingatkn mcm cerita Ruby Mexico tu rupanya x eh...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam mama maszull.. tak la, biasanya drama samarinda ceritanya tentang dunia bisnes korporat.

      Padam
  2. WC pon ingtkn cite ruby yg maxico tu... hahaha rupe-rpenye name syarikat...

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi