Hai, ED dah dapat sinopsis drama Setia Hujung Nyawa yang akan tayang pada 24 Disember nanti dalam slot Akasia TV3. Agak2 anda, sinopsis yang ED terima sama atau tidak seperti sinopis di belakang kulit novel Setia Hujung Nyawa tulisan Fatin Nabila? Penasaran? Ini dia sinopsis Setia Hujung Nyawa yang ED perolehi daripada pihak Suhan Movies sendiri..
Raja Ema turut berlakon dalam Setia Hujung Nyawa..
Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi
maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang
terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.
Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas
sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang
langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan
sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri.
Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya.
Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya
disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu.
Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina
merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah.
Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau
apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Ternyata sinopsisnya sama seperti di belakang kulit novel Setia Hujung Nyawa. Hehe.. Tapi ED diberitahu oleh pihak Suhan bahawa drama tersebut adalah adaptasi longgar. Mungkin jalan ceritanya berlainan sedikit daripada novel. Jadi, kalau anda tengok nanti jalan ceritanya berbeza, jangan nak marah2. ED dah beritahu anda. Hehehe... Barisan pelakon untuk drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Terima kasih pihak Suhan Movies. Udada Ubabye!!
ED: Rasanya first time Nellydia pegang watak heroin dalam drama TV3
siapa yg jadi heronya?amar asyraf atau ryzal jaafar?
BalasPadamAmar Asyraf hero..
Padamdah tgok daaa 1st episode. bestt! :D
BalasPadama,a.. memang best!
Padambest :)
BalasPadambukan best tapi best sangat... hehe.. :)
Padamnak tanye,mcm mne ersalina boleh mengandng awal?
BalasPadamdia terlanjur dengan Ikram. Ingat tak yang diorang keluar bersama slps hari jadi Zehra?
PadamPatut la Ikram terus ghaib.. Ayah Irsalina tu ade skandal lain ke? Asik outstation je..
Padammmaf, yg tu ED tak pasti. tak pernah baca novelnya..
Padamxsabar btul nk tggu ari isnin..nk tgk part zain ngn ersalina ble dh kwin...
BalasPadamselamat menonton..
PadamSuka dgn drama nie...gandingan pelakon yg comel sgt...Nellydia n Amar Ashraf...mmg sesuai..
BalasPadamya, mereka ada kimia berlakon bersama.. :)
PadamSuka tngOk akk Nelydia a.k.a senior wktu sekolah rendah :) sweet je muka dia ..cerita ni best sngat2
BalasPadamNanti ED forward komen anda kpd penulis novelnya ye..
PadamSuruh dorang berlakon berdua lagi...seronok tgk....
BalasPadamNanti ED forward komen anda kpd mereka..
Padam