Hai, tibalah masanya ED beritahu anda tentang serba-serbi info mengenai episod akhir Cinta Itu Milikku di slot Akasia TV3. Mula2, kita tengok dahulu tarikh episod akhirnya di bawah ini..
Adakah Rania akan mendapatkan cinta sejatinya semula?
Selepas itu, kita tengok pula sinopsis episod2 terakhirnya..
Sinopsis episod2 terakhir, sebenarnya Zafril masih hidup. Dia terselamat daripada kemalangan itu. Rania pula terkejut dan gembira kerana suaminya masih hidup. Namun begitu, Rania tersepit dengan keadaan kerana dia telah berkahwin dengan Dr. Syafiq. Bagaimana dengan Dini? Kejahatan Dini akan terbongkar juga. Dr. Irfan yang membongkar kejahatan Dini setelah merasa dirinya tidak selamat lagi. Dalam episod terakhir, Dini akan menerima balasan daripada perbuatan jahatnya. Bagaimana dengan Rania, Zafril dan Dr. Syafiq? Yang tu anda kena tengok sendiri. Tak best la kalau ED bocorkan semua..
Dah nak masuk episod2 terakhir, drama Cinta Itu Milikku semakin best konfliknya. Okelah, sama-sama kita nantikan kesudahannya. Bermula 24 Disember, saksikan drama terbaharu Slot Akasia TV3, Setia Hujung Nyawa. Drama yang diadaptasi daripada sebuah novel popular. Udada Ubabye!!
ED: Siapa benci Dini? Angkat kening.. Hehe..
xfaham knapa dr irfan boleh bkerjasama dgn dini..
BalasPadamminggu depan persoalan tu akan terjawab.. :)
PadamDr.Shafiq pun plan bunuh zafril
BalasPadamya, dr shafiq pun akan terima balasannya.. nantikan..
Padammemng geram kat dini tuu... angkat2 kening...
BalasPadamhaha.. lakonan dia menjadi..
Padamsy na tahu lagu terakhir episod 19 cerita ni..please..dah lama cari..
BalasPadamnanti ED cari, kalau jumpa, ED post kat blog ye..
PadamOk dah jumpa, ini dia lagu latarnya .. klik http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2012/12/lagu-latar-cinta-itu-milikku-episod-19.html
BalasPadamthankss ED . jumpa jugak akhirnya :)
BalasPadamDr Shafiq nie sebenarnya cintakan rania atau tujuan utama dia wang rania?
BalasPadamcintakan Rania
Padamjika dlm episod semalam zafril cuba bertemu dgn rania tapi takut kerana wajah nya yang cacat....adakah wajah zafril cacat hingga episod akhir? tolonglah bagitahu....kesian sungguh pada zafril...banyak sungguh yg cemburu pada dia...
BalasPadamMaaf, yg tu ED tak tahu.. Kita tengok sama2 nanti ye..
PadamKnpe ending mcmtu....sayangnye...
BalasPadamZara angkara semuani?msh xfhm
Maaf, ED pun terkejut tengok endingnya macam tu.. Biarlah, sekadar drama semata2..
Padamx puas ati tul ending abis sumer mati... si zara tu rasanya jd giler kot.. sbb abis semua ahli keluarga dia mati...
BalasPadamHaha.. Gara2 Zara jadi jahat, terus semuanya jadi tak jelas.. ED pun tak faham..
Padampermulaan crite menarik tapi ending tak best langsung....
BalasPadamnak buat macam mana kalau skrip ceritanya memang begitu? Sabar ye..
Padamzara ke yg angkara semua ni? sory tak sempat tgkk
BalasPadamnampaknya begitu..
Padam