Selasa, 11 Disember 2012

Zlurpp!!: Sate Tasek delivery

Hai, selamat pagi. ED nak kongsi tentang sate pulak dalam segmen Zlurpp!! Anda suka sate? ED nak perkenalkan Sate Tasek yang anda boleh order guna sms sahaja. Selepas itu, sate akan dihantar terus ke rumah anda. Macam pizza! Tetapi kawasan rumah anda mesti berdekatan dengan tapak perniagaan mereka. Area sekitar Taman Molek la.. Jom tengok gambar Sate Tasek yang ED cuba minggu lepas..

 Sate Tasek. Secucuk 50 sen sahaja. ED dapat sate lebih daripada peniaga tersebut kerana ED kawan satu kelas sekolah menengah dengannya. Hehe.. Ni yang best ni..

Kuah kacangnya halus, yang penting tidak terlalu berminyak. Rasa satenya juga sedap dan pejal2 sedikit. Macam sate Kajang pulak.. Hehe.. Mesti kenyang walaupun makan sedikit..

Sekarang tengah promosi. Cepatlah order! Guna sms sahaja.

Ini kad perniagaan mereka. Kalau nak order untuk jamuan atau majlis2 tertentu, telefon sahaja. Like facebook mereka di Sate Tasek.

Mudahnya nak makan sate sekarang ni. Dah la murah, ada penghantaran sekali. Okelah, selamat bersarapan semua. Ada yang sarapan sate ke pagi ni? Haha.. Udada Ubabye!!




ED: Makan sate, mesti makan dengan timunnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi