Hai, hari ini tiba masanya untuk ED update tentang episod akhir drama kesukaan ramai, Setia Hujung Nyawa di TV3. Lama lagi ke drama ni nak habis? Lihat gambar di bawah..
Dapatkah mereka setia sampai hujung nyawa?
Bagi anda yang sudah membaca novel Setia Hujung Nyawa, mungkin anda sudah mengetahui jalan cerita selengkapnya. Bagi anda yang belum baca novelnya, ini sedikit sinopsis episod-episod akhirnya.
Sinopsis episod-episod akhir
Zain kemalangan dan koma. Ersalina bagaikan orang gila
tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan
baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Hady telah menemui Ersalina dan mengungkit kembali kisah silamnya. Perbualan
Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah
didengari oleh Datin Adibah.
Setelah Datin Adibah mengetahui sejarah hitam Ersalina, Datin Adibah minta Zain ceraikan
Ersalina kerana merasakan keluarga Haliza telah menipu anak mereka. Zain cuba
dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering
berjumpa secara sembunyi. Bagaimana kesudahan hubungan Zain dan Ersalina? Mungkinkah sama seperti dalam novel atau sebaliknya. Saksikan sendiri ye..
Bagaimana? Menarik bukan? ED nak pesan, kepada anda yang dah baca novelnya, jangan terlalu yakin dengan kesudahan drama ini. Mungkin jalan ceritanya di luar jangkaan anda. Hehe.. Teruskan menonton drama ini sehingga ke kemuncaknya ye.. Selepas drama ini, saksikan drama terbaharu slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Udada Ubabye!!
ED: Terbaik drama ni!
yup memang camtu kesudahannya dalam novel tapi crita ni dia ada bnyk konflik berbanding novel. dlm novel blik jea berbulan madu zain dah kemalangan tapi ni tak. btw cite ni memang sweet! seperti novelnya :)
BalasPadamjadi, kita kena tunggu & lihat endingnya.. :)
Padamtak sabar nak tahu ending-nya.. =)
BalasPadamkena sabar jugak... hehe..
Padam