Rabu, 16 Januari 2013

Zlurpp!!: Burger di gerai tepi jalan

Hai, malam ini ED makan burger sahaja. ED beli di gerai tepi jalan berdekatan dengan rumah ED. Burger di gerai2 tepi jalan mempunyai rasa yang tersendiri. Daging Ramly yang digunakan memberikan nostalgia kepada si pemakan bahawa dari kecil kita dah dibiasakan makan burger daging Ramly. Setuju tak?

Burger gerai tepi jalan. Walaupun nampak ringkas tetapi rasanya lazat.

 Seperti biasa, isi burger macam ni ada timun, tomato, kobis dan daging burger Ramly.

Di sinilah tempat ED beli burger tadi. Selalu beli burger kat sini sebab sedap dan peniaga ni tak kedekut sos dan mayonis. Hehe..

Ada yang nak beli burger di gerai tepi jalan ke selepas membaca entri ini? Silakan.. Sebabnya kita dapat membantu peniaga kecil seperti mereka dan kita boleh makan burger tanpa ragu-ragu (bebas daripada isu boikot-memboikot). Hehe.. Udada Ubabye!!

Segmen makan-makan di blog..





ED: Burger di atas harganya RM2 sahaja. Jimat kan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi