Khamis, 24 Januari 2013

Zlurpp!!: Otak-otak Kempas, bakar sendiri..

Hai, kebiasaannya bila ada ahli keluarga ED yang nak makan otak-otak, mesti mereka akan beli dari kilang dan bakar sendiri. Kenapa? Sebabnya lebih murah dan lebih puas makan. Kilangnya pun tak jauh dari rumah ED. Ini dia otak-otak yang ED maksudkan, otak-otak Kempas!

Otak-otak Kempas. Yang ni, ED yang bakar di belakang rumah..

Di belakang rumah ED. Nampak tak hutan bakau di belakang ED? Haha..

Bila bakar otak-otak, kalau dah nampak daunnya terbuka hingga menunjukkan isi, maka dah nak masak la tu..

Sempurna! Ini dia isi otak-otak Kempas yang dibakar oleh ED. Rasanya memang Zlurpp!!

Biasanya, otak-otak ini dibeli jika ada cuti umum sebegini rupa bersamaan bila tekak terasa nak makan. Jadi, semua ahli keluarga ED ada di rumah dan dapat makan bersama2. Sekarang ni, harga otak-otak yang dah siap bakar di kedai adalah 60 sen. Jika beli mentah dari kilang, harganya 27 sen sebiji. Udada Ubabye!!

Segmen Zlurpp!!




ED: Gambar2 di atas diambil menggunakan tablet MaxQ VTab II.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi