Hai, tak sangka bila segmen Zlurpp!! yang diperkenalkan dalam blog EDtv pada tahun ini menjadi perhatian ramai. Oke, ini salah satu makanan kegemaran ED di Pasar Malam Kampung Melayu Pandan. Roti John RM1.00 yang sedap!
Roti John Rm1.00. Melimpah mayonis dan sosnya!
Tengok isinya, ada salad dan sedikit cebisan daging kebab.
Sos yang digunakan, ada sos cili, sos lada hitam, mayonis putih dan mayonis thousand island. Memang Zlurpp!!
Lepas makan Roti John, minum pula air katira. Memang terbaik!
Okelah, jika anda nak beli Roti John RM1.00, datang la ke Pasar Malam Kampung Melayu Pandan pada setiap hari Khamis. Kena datang awal sebab Roti John cepat habis. Ramai orang suka beli sebab murah dan paling penting, sedap! Udada Ubabye!!
Segmen Zlurpp!!
ED: Selalu beli 2 roti john.. Hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan