Isnin, 14 Januari 2013

Zlurpp!!: Uncle Bob Fried Chicken

Hai, pada hari Sabtu lepas, ED berkesempatan pergi ke Pasar Malam Pekan Tanjung Malim. Adik ED kata, makanan yang best adalah Uncle Bob Fried Chicken. Ayam goreng Pak Cik Bob tersebut tidak dijual lagi di Johor Bahru (ataupun ED yang tak tahu). Tahukah anda keunikan Uncle Bob Fried Chicken? Lihatlah gambar2 ini..

Inilah keunikannya Uncle Bob Fried Chicken..

Isi ayam segar tanpa kulit dan lemak dilumuri tepung dan digoreng menggunakan minyak yang banyak..

Selepas digoreng, ayam tersebut akan ditaburkan dengan bumbu perisa yang lazat

Disebabkan saiz potongan ayam yang besar, ayam goreng tersebut akan digunting kecil-kecil. Ha, beginilah rupa Uncle Bob Fried Chicken. Rasanya memang Zlurpp!!

Harga Uncle Bob Fried Chicken hanya RM5.50 sahaja. Puas makan seorang tau! Okelah, ada menu lain lagi yang ED beli di Pasar Malam Pekan Tanjung Malim. Nantikan di blog EDtv ye. Udada Ubabye!!

 Segmen Zlurpp!!




ED: Jauh perjalanan, macam-macam makanan jumpa. Hehe..

7 ulasan:

  1. Kat tempat saya RM6.00 .. hu3... Tapi mmg sedap uncle Bob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah jumpa lagi Uncle Bob kat JB ni.. mmg sedap!

      Padam
  2. kat mane nak dpt kan bahan mentah uncle bob ni ye.. area k.l ?

    BalasPadam
  3. Kat johor ada.. di U mallskudai

    BalasPadam
  4. Banyak la kt jb. Kt pasar mlm uda ada. Pasar mlm tmn cempaka ada. Pasar mlm taman u pn ada. Tapi rm6 la..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi