Isnin, 11 Februari 2013

Jom kenali Kapten James Anthony Tan, juruterbang termuda Malaysia

Peramah dan berjiwa patriotik. Itulah yang ED boleh katakan tentang sifat juruterbang termuda Malaysia, Kapten James Anthony Tan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pagi tadi. Memang kagum ED tengok prestasinya. Muda2 dah boleh pandu pesawat. Kenali remaja yang murah senyuman ini dalam segmen Jom Kenal!

 Kapten James Anthony Tan

Kapten Anthony James berasal dari Kajang. Tarikh lahirnya pada 4 Jun 1991. Mempunyai wajah pan asia kerana ayahnya orang Cina Malaysia, manakala ibunya berasal dari United Kingdom. Kapten James akan cuba mencipta rekod dunia dengan terbang sejauh 21,600 batu nautika dalam ekspedisi solo selama 50 hari memandu pesawat piston tunggal, Cessna P210.  Kapten James akan terbang dari 23 Februari mengelilingi dunia dan kembali ke Subang, 10 April.

Beliau akan melakukan penerbangan bersejarah sebagai "rakyat Malaysia pertama dari negara Asean mengelilingi dunia secara solo" pada 23 Februari di Subang Skypark, yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kapten James juga menempah tempat dalam Malaysian Book of Records sebagai juruterbang termuda yang terbang solo sejauh 13,803 batu nautika dengan pesawat piston tunggal dari United Kingdom ke Bangkok, Thailand, tahun lepas. (Sumber: Berita Harian)

 Kapten James menyambut Tahun Baru Cina..

Nasihatnya kepada anak muda di Malaysia dalam rancangan MHI pagi tadi, untuk berjaya seseorang itu mestilah mempunyai minat terhadap bidang yang diceburi dan juga mempunyai sifat kemanusiaan dalam diri. Untuk mengetahui perkembangan terkini Kapten James anda boleh layari:

Facebook 1RTW: Klik sini
Twitter 1RTW: Klik sini
Laman web 1RTW: klik sini
Facebook peribadi Kapten James: Klik sini

Okelah, bersama-sama menyokong usaha Kapten James mengharumkan nama negara. Selamat Tahun Baru Cina kepada Kapten James yang berbangsa Hokkien. Udada Ubabye!!

Segmen Jom Kenal!





ED: Selamat maju jaya!

3 ulasan:

  1. Hi Ed,

    Saya daripada Sekretariat 1RTW ingin mengucapkan terima kasih atas hebahan mengenai Capt James Anthony Tan. Namum ada beberapa fakta yang tidak tepat mengenai James iaitu beliau masih 21 tahun dimana tarikh lahir beliau 4 Jun 1991 dan disebabkan tu beliau bakal memecah rekod Guinness World of Records sebagai juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Manakala ibu beliau merupakan warganegara United Kingdom. Oleh demikian mohon Ed perbetulkan fakta tersebut sepertimana tertulis diatas.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Hi Ed,

    Terima kasih atas pembetulan tersebut

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi