Hai, hari ini merupakan hari kelima ED pakai braces. Nak kongsi dengan anda, apa yang berlaku dengan gigi ED pada hari ini. Mulai malam semalam hingga sekarang, gigi ED rasanya seperti ada magnet antara gigi atas dan gigi bawah. Bila nak buka mulut, rasa gigi atas dan gigi bawah saling tarik-menarik. Rasa macam gigi bergerak-gerak pun ada. Takpe, jururawat klinik kata, itu normal. Sedapnya hari ini makan aiskrim sundae coklat McDonalds.
Rasa nak makan aiskrim hari ini.. Asyik makan bubur sahaja, sesekali tekak nak makan yg manis2 juga..
Alhamdulillah, ED sesuai makan aiskrim dengan lelehan coklat ini.. Hehe.. Takde rasa ngilu.
Bila la boleh makan nasi? Rindu nasi la.. Hehe.. Udada Ubabye!!
ED: Gigi macam dah nampak perubahan sikit..




Tiada ulasan:
Catat Ulasan