Hai, semalam cerita di sekolah tentang luahan murid lelaki di atas meja kelas. Hari ini ED dapat membongkar kegiatan murid perempuan tahun 6 di dalam tandas perempuan. Banyaknya luahan perasaan dicoretkan di dinding tandas perempuan..
ED terpaksa masuk tandas perempuan bersaksikan murid2 perempuan untuk mencari bukti ini..
Tak senonoh betul la.. Suspek telah dikenalpasti. Tindakan sewajarnya akan diambil.
Bagaimana ED boleh tahu? Tadi, ED relief di sebuah kelas darjah 6 ni. Murid perempuan tak sudah2 pergi ke tandas. Selepas habis masa, ED nampak ramai murid perempuan keluar pergi ke tandas. ED pun siasat apa yang berlaku sehingga terbongkar kes ini. Macam detektif tak? Hehe.. Menurut suspek, murid yang menconteng dinding tandas ini tak puas hati kepada murid perempuan kelas 6 tertentu ini kerana kalah main bola jaring di padang waktu PJ. Udada Ubabye!!
ED:Memalukan!




teruknya budak-budak zaman sekarang
BalasPadam