Sabtu, 2 Mac 2013

ED & Braces: Pasang braces

Hai, sekitar pukul 10 pagi tadi doktor gigi telah selamat memasang braces pada gigi ED. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. ED tak rasa sangat masa doktor pasang braces, sekitar 40 minit tahu2 dah siap. Tak rasa sakit masa pasang braces cuma mulut seksa pakai tempat nganga mulut. Huhu.. ED tunjuk sikit braces ED ye.. Tengok ni..

ED pakai getah bracket warna lutsinar sahaja..

Berikut adalah pesanan doktor dan jururawat kepada ED selepas memasang braces:

1. Untuk 3 hari, makan bubur dahulu atau makanan yang senang telan.
2. Jangan sesekali makan kacang dan makanan keras seperti kerepek,
3. Selepas seminggu baru boleh makan nasi tetapi kunyah guna gigi tepi.
4. Jangan lupa sentiasa gosok gigi guna berus gigi soft dan pastikan brackets bersih.
5. Gunakan vaseline oil di bahagian bibir pada waktu tidur.
6. Mungkin akan rasa sakit gigi selama 3 hari hingga seminggu.

ED cuba mendisiplinkan diri mengikut pesanan tersebut. Selama 3 hari, ED tak boleh makan nasi dulu. 

 Persiapan awal, ED cuma beli Nestum, ubat kumur dan berus gigi soft..

Selepas memakai braces, semestinya mulut rasa tidak selesa sebab ada besi dan dawai dalam mulut. Takpe, lambat laun selesa kot.. Udada Ubabye!!

Cerita ED & Braces..




ED: Kena banyak2 bersabar...

4 ulasan:

  1. Yeay! dah pakai... hihihi... tetiba..
    Seronok tgok orang pakai braces ni.
    Saya dah kategori wajib pakai braces sebab gigi atas dan bawah dah berlapis sangat2...nk gosok gigi pun dah susah...selalu tergigit pipi belah dalam..FYI siap ada gigi susu lagi 4 batang x tercabut lg..
    hahaha.. pernah check up utk pakai braces..tp neves pulak lepas dentist kata kena buang 4 gigi susu dan 3 btg gigi dewasa...aiyooo rongak lah kita... hahaha! may be next time kot.. skrg ni cuma buat scaling/cuci gigi 1/month utk penjagaan gigi ys sihat.. ecececeh! :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab cabut gigi yg menggerunkan.. bukan takut sakit, tapi takut rongak. hahaha..

      Padam
    2. erkk... finally.. b4 raya ni kena surgery utk buang wisdom teeth (4btg)..then proceed pakai braces jugak... nevesssssss!!

      Padam
    3. Good luck! Fikir positif je..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi