Sabtu, 27 April 2013

Mudahnya berurusan di LHDN

Hai, semalam selepas pergi ke Tabung Haji, ED terus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bandar Baru Uda untuk meminta nombor pin E-Filing (urusan cukai). Pertama kali ED masuk dan berurusan di LHDN, ramainya orang berurusan di sana.

LHDN Bandar Baru Uda

Alhamdulillah, walaupun ramai orang tetapi pengurusannya mesra pelanggan. Jika anda nak minta nombor pin E-Filing untuk pengurusan cukai pendapatan, anda pergi ke kaunter pertanyaan dahulu. Selepas itu, orang di kaunter pertanyaan akan menyuruh anda beratur di kaunter yang disediakan. Beratur tak lama, sekejap je sebab banyak kaunter. 

Sampai di kaunter, anda cakap nak minta nombor E-Filing dan petugas di sana akan mencetak nombor E-Filing untuk anda secara percuma. Mudah kan? Jangan lupa, bawa borang EC anda yang telah diberikan oleh kerani. Udada Ubabye!!

Sembang Sabtu..



ED: Mudah kan?

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi