Hai, ED nak kongsi kisah benar yang berlaku kepada rakan sekerja ED di sekolah pagi tadi. Sedang ED menanda buku di bilik guru pagi tadi, tiba2 ada seorang murid memanggil ED dan mengajak ED pergi ke kelasnya..
Panasnya di sekolah hari ini..
Apabila ED tiba di kelasnya, ED mendapati rakan sekerja ED sedang memegang mukanya. Ini kerana rakan ED baru sahaja dibaling botol air oleh seorang murid lelaki darjah 4. Sungguh biadap tindakan murid tersebut. Apa yang boleh ED cerita, murid tersebut tidak boleh menerima apabila rakan ED mendenda kesalahannya (rahsia). Cerita selanjutnya terpaksa ED rahsiakan untuk kebaikan semua pihak.
Pagi tadi ED telah dipantau oleh pegawai PPD.
Tahun lepas, ayah murid tersebut pernah datang ke sekolah menyerang cikgu kerana anaknya ponteng sekolah. Ayahnya menyalahkan cikgu dan memenangkan anaknya. ED rasa, murid tersebut berani melawan cikgu kerana faktor ayahnya yang selalu membela sifat anaknya walaupun anaknya salah. Kes tersebut telah dibawa ke pihak pentadbiran. Adakah ayah murid tersebut akan datang membela anaknya esok? Udada Ubabye!!
Bersambung...
Cerita di sekolah hari ini..
ED: memang murid tu yang bersalah.. ramai saksi mata..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan