Jumaat, 24 Mei 2013

(Sekolah) Hadiah murid 12 batang pen merah

Hai, selamat pagi! Aktiviti ED pagi2 sekali hari ini ialah membuka hadiah Hari Guru yang ED dapat minggu lepas. Baru berkesempatan nak buka hadiah hari ini. ED nak kongsi satu cerita ni.. Hadiah murid yang paling unik ED dapat tahun ini ialah hadiah 12 batang pen merah termasuk satu nota daripada seorang murid Moral ED. Nota apakah? Lihat ni..

 Hadiah murid 12 batang pen merah

Nota ringkas dalam pembalut hadiah.. Makna isinya, murid ini tidak bersetuju dengan ED yang sebelum ini mencadangkan murid2 memberikan hadiah hari guru pen daripada bunga atau pasu perhiasan yang menyukarkan guru2 untuk menyimpannya. Murid tersebut memberi hujah bahawa pen merah jika habis dakwat akan dibuang. Dia risau hadiahnya tidak dapat dijadikan kenangan kot. Tapi, dia bagi ED pen jugak kan??? hehe..

Pengajaran daripada cerita ini, murid ingin guru2nya sentiasa mengingati mereka. Sebab itu mereka suka beri hadiah bunga atau pasu2 atau perhiasan sebab benda tu tahan lama dan lebih memberikan kenangan jika disimpan. ED rasa ramai cikgu bersetuju dengan ED tentang hadiah murid kepada guru ni. Jika nak beri hadiah Hari Guru, lebih baik beri pen sebab murah dan senang didapati. Cikgu2 tak nak membebankan murid. Itulah niat murni seorang guru. Tetapi jika nak bagi apa sekalipun, cikgu2 akan terima dengan senyuman. Udada Ubabye!!

Cerita ED di sekolah..



ED: hadiah termanis buat cikgu jika anak muridnya berjaya..

2 ulasan:

  1. siap ade 'smiley' lagik note tuh. he3..

    hmm.. pen merah pun ok gak kot.. buleh cikgu2 guna utk marking buku2 / homework murid2. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb tu cadangkan pen merah sbg hadiah hari guru.. hehe..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi