Hai, Isnin lepas semasa ED berada di Terengganu, ED sempat merasa keropok lekor Kelulut. Kawan ED yang cadangkan keropok lekor ni. Sebenarnya, ED tak boleh makan keropok lekor lagi sebab keras, tetapi keropok lekor Kelulut ni lembut dan sesuai dimakan oleh pemakai braces macam ED. Tak nak cerita panjang2, lihat gambar2 ni dalam segmen Zlurpp!!
Inilah tempatnya, kedai keropok lekor Kelulut..
Sistematik! Ada 2 jenis kaunter untuk membeli keropok lekor ni sama ada nak yang goreng atau rebus.
Pilihan ED, semestinya keropok lekor goreng. Serius, lembut teksturnya!
Cicah dengan sos yang diberikan, memang Zlurpp!!
Lembut, kaya rasa ikan, pedas dan manis! Terbaik!!
Harga keropok lekor yang ED beli RM5 sebungkus. Mereka memang dah bungkus siap2. Jadi, jika anda nak makan keropok lekor yang super lembut, boleh pergi ke Terengganu ye. Hehe.. Udada Ubabye!!
Segmen makan2 di blog..
ED: Terima kasih kepada kawan ED yang mencadangkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan