Hai, mulai 10 Jun 2013 drama Iman Nabila akan bersiaran dalam slot Azalea TV3. Drama terbaharu Suhan Movies ini dibintangi oleh Shahrizal Jaszle sebagai Iman Hakimi dan Elfaeza Ul Haq sebagai Nabila. Selain mereka, ada Fazlina Ahmad Daud, Mahmud Ali Bashah, Aida Khaleeda, Wan Shades, Faiz, Siti Elizad dan Shahriza Mahmud. Eksklusif di blog, pihak Suhan Movies telah memberikan sinopsisnya untuk tatapan anda.
Shahrizal Jaszle sebagai Iman Hakimi
Sinopsis:
DEMI masa depan anak dan cucu, seorang
nenek sanggup membeli seorang bayi
lelaki demi mewarisi kekayaan harta keluarga bapanya. Mardiah (Aida Khaleeda) sangat bimbang masa depan anaknya
Salimah yang menjadi menantu kepada Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) seorang usahawan kaya raya. Tuan Arshad selalu
mengharapkan kelahiran cucu lelaki untuk mewarisi kekayaan yang
dimilikinya. Apabila Salimah mengandung
anak kedua, Tuan Arshad berharap Salimah melahirkan cucu lelaki, atau dia
meminta anaknya Haris suami Salimah
berkahwin lain. Mardiah tidak menyesal kerana Salimah melahirkan anak
perempuan, tetapi mengingatkan ugutan Tuan Arshad Mardiah berasa sakit hati,
lalu bertindak membeli seorang bayi lelaki untuk dijadikan cucu yang bakal
mewarisi harta Tuan Arshad.
Salimah mengalami komplikasi ketika
melahirkan anak sehingga dia kehilangan darah yang banyak. Akibatnya dia tidak sedarkan diri selama dua
hari. Mardiah menyerahkan anak perempuan
Salimah, Nabila kepada adik angkatnya,
Khatijah untuk dibesarkan. Setiap bulan
Mardiah memasukkan duit ke dalam akaun Khatijah. Kerana masalah kesihatan Salimah, dia tidak
mampu menyusukan Iman walaupun mencuba.
Mardiah juga tidak menggalakkan Salimah menyusukan Iman.
Haris langsung tidak sayangkan Iman Hakimi
dan seolah-olah membenci anak tersebut.
Salimah sedih dengan sikap Haris terhadap Iman. Malah Haris tidak pernah menunjukkan
perubahan sikap walaupun Tuan Arshad masih mahu memberi peluang Haris berubah
menjadi baik. Walaupun sudah ada bakal pewaris hartanya Tuan Arshad masih mahu
menyerahkan hartanya kepada Haris jika Haris menunjukkan perubahan. Haris tidak mengendahkan kata-kata Tuan
Arshad. Iman membesar dalam kebencian
bapanya. Haris seolah-olah tidak
menyayangi Iman sama sekali. Sebaliknya
Iman dianggap sebagai perampas haknya.
Bagaimanapun Tuan Arshad memberi kemanjaan kepada Iman dan melimpahinya dengan kemewahan.
Di saat Iman hidup dalam kemewahan dan
kemanjaan, Nabila pula hidup dalam seksaan ibu angkatnya Khatijah. Tinggal di kampung, ternyata Khatijah seorang
mata duitan dan sambil lewa membesarkan Nabila.
Nabila terpaksa mendengar cemuhan yang dilemparkan kepada Khatijah yang
tidak pernah berkahwin. Khatijah dituduh melahirkan Nabila tanpa suami dan
sebagainya. Setiap kali tertekan dengan
cemuhan, Khatijah akan memukul Nabila untuk melepaskan perasaan. Tetapi kerana
janjinya dengan Mardiah, dan wang yang diterimanya dia tidak dapat mengelak
janjinya. Namun Nabila sentiasa berdikari dalam apa juga perkara. Dia memiliki otak yang cerdas dan cemerlang
dalam pelajarannya. Walaupun selalu dimarahi Khatijah, Nabila sangat
sayangkan Khatijah dan tidak pernah membantah apa sahaja kata-kata
Khatijah. Sepanjang Nabila membesar,
Mardiah tidak pernah melihat cucunya, hanya mendapat berita daripada Khatijah
sahaja…
Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama ini mulai 10 Jun pukul 4.00 petang di TV3. Udada Ubabye!!
Eksklusif di blog EDtv!
ED: Terima kasih Suhan Movies atas perkongsiannya bersama blog EDtv!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan