Selasa, 4 Jun 2013

(Destinasi) Pasar Payang Kuala Terengganu

Hai, selamat pagi! minggu lepas merupakan kali kedua ED sampai di Pasar Payang Kuala Terengganu. Pasar ni pasar paling popular di Terengganu.  ED singgah sebentar di sini untuk membeli keropok kering.

 Pasar Payang. Pelbagai barang dan makanan di jual di sini.

 Banyaknya gerai yang menjual keropok ikan. Keropok ikan di Terengganu rasanya lebih segar dan lazat. Yang penting, harganya murah.

 ED beli beberapa bungkus keropok ikan untuk buah tangan. Sedikit tips, jika nak beli keropok ikan kering tamban, pastikan warnanya lebih gelap dan berbintik2 kerana kandungan ikannya lebih banyak daripada tepung.  Sumber, penjual keropok ikan di sini.

Pasar Payang merupakan destinasi ED yang terakhir di Terengganu. Selepas itu, ED akan update cerita ED di Kelantan pula. Untuk pengetahuan anda, minggu lepas ED menghabiskan masa cuti sekolah ED di Terengganu dan Kelantan.  Nantikan ceritanya dan Udada Ubabye!!


 Destinasi Cuti Sekolah..


ED: Rambang mata tengok keropok ikan di sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi