Ahad, 2 Jun 2013

(Mi Casa) Tempah grill dan kabinet dapur

Hai, Ahad lepas ED pergi berjumpa dengan kontraktor pilihan untuk memasang grill dan membina kabinet dapur rumah baharu. Alhamdulillah, perbincangan minggu lepas sesuai dengan konsep rumah dan bajet ED. Ini dia grill dan kabinet dapur pilihan ED..

 ED memilih grill berwarna coklat dan corak daun-daun hijau. Ringkas dan senang dibersihkan. Cermin tingkap juga ED pilih tinted dengan warna coklat. Tujuan tinted supaya suasana dalam rumah redup dan tidak silau.

Alhamdulillah, mengikut bajet yang ada, ED dapat menempah kabinet warna hijau ni. Ini gambar contoh, sebenarnya ED menempah kabinet berbentuk L dan tanpa kabinet atas.

Nanti bila dah siap, ED kongsikan hasilnya ye.. Langkah seterusnya, ED nak tempah lampu dan kipas dalam rumah. Selepas itu, nak telefon pihak elektrik dan air untuk memasang meter. Akhir kata, ED ada beberapa tips untuk anda dalam memilih kontraktor. Tipsnya ada di bawah ini. Udada Ubabye!!

Tips memilih kontraktor untuk pengubahsuaian rumah:
  1. Banyakkan bertanya kepada orang2 yang sudah memiliki rumah sendiri.
  2. Survei dengan ramai kontraktor dan bandingkan harga. Jangan terburu-buru.
  3. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis kontraktor. Fikir dan kaji selidik tentang latar belakang kontraktor tersebut.
  4. Biasanya, kontraktor yang banyak dapat projek boleh dipercayai.

Segmen Rumah Saya (Mi Casa)



ED: Apa-apapun, sediakan bajet yang mencukupi..

4 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi