Sabtu, 20 Julai 2013

(Cerekarama TV3) Sinopsis telemovie Korban Kasih

Hai, malam ni ada telemovie best dalam slot Cerekarama TV3. Tajuknya Korban Kasih lakonan Aiman Hakim Ridza, Intan Ladyana, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Jom lihat sinopsisnya di bawah ini..

 Aiman Hakim dan Intan Ladyana

Sinopsis:

“Korban Kasih” diterbitkan oleh Creative Skill Production dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof membariskan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Aiman Hakim Ridza (Azlan), Intan Ladyana (Shahanim), Puteri Chi Chi (Milah), Hafeez Mikhail (Hakim), Omar  Mokhtar (Zahim) dan Normah Damanhuri (Azimah). 

Shahanim menikahi Azlan atas dasar cinta. Ibu Azlan, Azimah mengenakan syarat supaya mereka berdua tinggal bersama dengannya setelah bernikah. Azimah seorang yang suka mengongkong kehidupannya sehingga sukar untuk Azlan membuat keputusannya sendiri. Sekembalinya mereka dari berbulan madu, mereka terus pulang untuk menetap di rumah keluarga.
Shahanim bertemu semula dengan kawan baiknya, Milah yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Azlan selepas 5 tahun hilang khabar. Mereka merupakan sahabat karib sejak kanak-kanak. Persahabatan Shahanim dan Milah kembali bertaut walaupun ibu mertuanya kurang menyenangi hubungan mereka. 

Namun, tragedi hitam telah menimpa Milah apabila dia dirogol oleh Hakim, adik Azlan dalam keadaan mabuk. Demi membela nasib rakannya, Shahanim menyarankan agar Hakim menikahi Milah atau dia akan membuat laporan polis. Azimah membantah kerana bimbang reputasi keluarganya akan tercalar jika anak lelakinya menikahi orang gaji. Justeru, Azimah memberi tekanan kepada Azlan untuk menceraikan Shahanim jika dia berani bertindak demikian. Demi menjaga air muka dan perasaan ibunya, lalu Azlan memberi amaran kepada Shahanim supaya menarik balik rancangannya ataupun disingkirkan dari keluarga mereka sekiranya dia terus berdegil.

Sejak itu, rumah tangga Azlan dan Shahanim sering dilanda badai. Milah pula telah diusir keluar dan hidup berkelana di luar. Secara diam-diam, Shahanim mengikuti perkembangan Milah. Shahanim cuba memujuk Azlan untuk membantu Milah tetapi Azlan tetap berkeras mahu menurut telunjuk ibunya. Malah, Azlan juga meletakkan ’taklik’ kepada Shahanim, ’sekiranya Shahanim berani keluar bertemu atau berhubung dengan Milah lagi, maka gugurlah talak tiga. 

Suatu hari, Shahanim menerima panggilan telefon dari Milah yang mengatakan dirinya telah mengandung.  Shahanim terpaksa menolak ketepi ’taklik’ suaminya kerana terlalu bimbangkan nasib Milah. Selepas mengetahui keadaan sebenar Milah, Shahanim bertekad untuk membela nasib Milah walaupun dia perlu mengingkari suaminya.

Azlan terpaksa melepaskan Shahanim kerana talak sudahpun jatuh. Walaupun sudah berpisah, Azlan masih merindui Shahanim. Dengan itu, Azlan memikirkan cara untuk merujuk kembali. Akhirnya, Azlan memperkenalkan rakannya, Zahim kepada Shahanim sebagai ‘Cina Buta’. Keadaan menjadi tidak seperti dirancang apabila secara perlahan-lahan, Zahim dan Shahanim saling jatuh cinta. Apakah pengakhiran kisah Azlan, Shahanim dan Zahim?

Menarik bukan? Sama2 kita saksikan pukul 10 malam ini di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Watak Aiman dalam cerita ni lain daripada yang lain..

3 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi