Petaling Jaya, 30 Julai
–
Drama bersiri web
AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my/autumndihatiku)
mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan
luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama
yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres
terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan,
Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.
Merupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa
AUTUMN DI HATIKU membuktikan
penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain
sokongan promosi berterusan daripada pihak media terhadap drama bersiri
ini. Tambah istimewa, kesemua episod
AUTUMN DI HATIKU kini boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.
AUTUMN DI HATIKU
disiarkan menerusi 28 episod harian pada setiap Isnin sehingga Sabtu jam 12 tengah hari mengisahkan tentang
Nina (Hanez Suraya),
yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik
K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan
‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah
mengubah segalanya. Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain
rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba
memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu
kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala
Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam.
Anugerah Syawal di Tonton
Kehadiran Anugerah Syawal tahun ini pastinya meriah dengan hiburan drama bersiri (episod penuh)
AUTUMN DI HATIKU di portal video Tonton. Merancakkan lagi tontonan buat seisi keluarga,
Tonton turut
meraikan sambutan Syawal dengan tawaran filem menarik antaranya Buli,
Buli Balik, Perempuan Melayu Terakhir, Selubung, Sayang Salmah selain
konsert Sudirman – One Thousand Million Smiles, Gegar
Bersama Search, Konsert Awie, Konsert Tan Sri SM Salim dan banyak lagi.
Eksklusif untuk pengguna Tonton, telefilem Geng Kampung Pisang bakal ditayangkan pada 7 Ogos, jam 1.30 petang,
24 jam lebih awal menerusi portal video Tonton sebelum tayangan di TV9.
Bukan itu sahaja, malah, tonton juga bakal membawakan tayangan filem
Bunohan, sebuah filem yang telah meraih pelbagai anugerah hebat bakal
disiarkan secara eksklusif menerusi Tonton Premium mulai 1 Ogos 2013.
Rancangan ‘evergreen’
kegemaran ramai yang pernah disiarkan menerusi TV3 & TV9 turut
ditawarkan buat penonton antaranya Rendang Untuk Mertua, Airmata Syawal,
Terlerai Takbir Kasih dan banyak lagi secara percuma.
Daftar
akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau
tablet (peranti Android & iOS) untuk akses
ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga
turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook,
Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan
terkini. Udada Ubabye!!
ED: Tahniah Tonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan