Isnin, 22 Julai 2013

(Ramadan ED) Resipi Mi Hong Kong ala EDtv

Hai, semalam ED cuba masak Mi Hong Kong untuk buka puasa. Hehehe.. ED namakannya Mi Hong Kong ala EDtv.

Mi Hong Kong ala EDtv

Pertama kali cuba. Oke tak?

Rasanya sedap juga. Hehehe (puji diri sendiri)

Jika anda nak cuba buat mi seperti yang ED buat ni, ini resepinya..

Resipi Mi Hong Kong ala EDtv

Bahan-bahan
2kg mi kuning
Lada jeruk
Telur
Minyak
Tepung jagung
1 jag Air

Bahan-bahan kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
20 biji lada kering
sedikit halia
lada hitam
kiub pati ayam

Rencah
Isi ayam
udang
bebola daging
bebola ikan
kek ikan
sotong rendam
Sayur sawi
Kubis cina

Bahan perisa
garam
gula
ajinomoto
kicap manis
sos tiram

Cara memasak.
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan rencah. Masukkan air.
3. Masukkan bahan perisa. Masukkan telur. Pekatkan kuah dengan tepung jagung.
4. Celur mi. 
5. Hidangkan mi dengan kuah. Tambah lada jeruk supaya rasa pedas.

Mudah kan? Selamat mencuba dan Udada Ubabye!!

Cerita Ramadan ED..



ED: Jarang2 ada mood rajin masak. Hehe..

2 ulasan:

  1. terliur tgk,, , pndai memasak yer,,skali tgk mcm mee kuah,,, , tpi yana xpernah lgi try mkn mee hong kong

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi