Hai, ada cerita kelakar semasa dalam kelas Moral tahun 5 tadi. Tajuk pelajaran hari ini ialah menjaga kemudahan awam. Sebagai induksi, ED tanya murid2 macam ni..
ED: Cuba awak bayangkan, apa akan jadi kalau tandas di sekolah rosak?
Murid2: Susah cikgu.
ED: Apa jadi kalau kita tahan buang air besar?
Jawapan seorang murid ni buat ED gelak. Nak tahu? Ini jawapannya..
Murid: Pecah!
ED: Hahahaha... Bukan, kita boleh sakit buasir jika kita selalu tahan buang air besar.
ED tergelak sebab membayangkan manusia boleh pecah jika tahan buang air besar. Hahaha... Jangan salahkan murid tersebut kerana dia murid kelas belakang. Udada Ubabye!!
Cerita ED di sekolah..
ED: Kelakar kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan